Saturday, October 4, 2008

Lokasi

Lokasi masih dalam pencarian...

Produk

Semua produk yang dicadangkan adalah masakan atau hasilan sendiri iaitu:-

- Kuih Muih (Goreng dan Kukus)
- Laksa Johor dan Penang
- Nasi Lemak Kukus Berlauk
- Roti Canai Segera
- Minuman (Panas, sejuk dan iceblended)

Semua hidangan disajikan panas dan segar menggunakan deepfryer, steamer dan microwave oven.

Belanjawan

Hasil RM15,000.00

Bahan Mentah RM5,000.00
Sewa RM1,000.00
Gaji RM3,000.00
Lain-Lain RM3,000.00

Untung Bersih RM3,000.00

Idea

Assalamualaiku wrt wbt!

Sejak akhir ramadan, saya bertekad untuk membuka sebuah kafe menjual makanan terutamanya kuih muih secara panas-panas selepas syawal ini.

Saya sedang memikirkan rekabentuk dan konsep kafe yang terbaik bagi memberi penampilan produk yang segar, panas dan enak. Imej yang sederhana dan santai.

Insyallah, dalam masa terdekat ini saya berdikit-dikit akan mengumpul maklumat dan modal bagi menjayakan idea saya ini.

Sasaran awal saya hanyalah untuk menambah hasil sebanyak RM500.00 dan pendapatan bersih sebanyak RM100.00 sehari.